Monday, November 9, 2015

Soya oh Soya


 




Kacang soya adalah satu benda yang tidak oleh dipisahkan dari kehidupan. Percaya atau tidak kita sering menggunakan barangan yang diperbuat daripada produk kacang soya. Siape yang tiada kicap dirumah?. Mesti adakan... jadi biarlah saya perkenalkan kepada kawan-kawan siapa dan apakah kacang soya(macam Prof le).




Kacang soya ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Pokoknya yang tegak dan rimbun berukuran sehingga 70 sentimeter. Bunganya berbentuk gumpalan dan berwarna putih atau unggu. Nama saintifiknya Glycine max. Kacang soya hijau berbentuk gumpalan 3 - 15, berbulu, berwarna hijau, mengandungi 2 - 4 biji, panjangnya 3 - 7 cm. Kacang soya berbentuk bulat, berwarna kuning ke hijau kekuningan. Pokok kacang soya mempunyai akar tunjang sepanjang 15 cm. Akar adventitius tumbuh daripada hipokotil. Nodul akar adalah kecil dan berbentuk sfera.

Kacang soya adalah legume berprotein tinggi (keluarga Fabaceae) yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan. Perkataan soy diambil daripada perkataan bahasa Jepun shoyu (kicap).Kacang soya dianggap sebagai sumber protein lengkap, contoh, protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pemakan sayuran atau vegan. Protein kacang soya pada asasnya sama dengan biji legum lain (pulses). Bijiran bukan legum yang lain mempunyai profil yang setanding dengan kacang soya adalah bijiran, oat {Avena sativa} dan kemungkinannya kuinoa.kandungan isoflaves di dalamnya membantu mengurangkan risiko serangan penyakit jantung dan mencegah gejala kurangnya daya ingatan.kandungan kalsium dan vitamin D di dalamnya pula membantu mengurangkan risiko osteoporosis serta efektif sebagai diet untuk menurunkan berat badan.

Kacang soya merupakan tanaman penting di Amerika Syarikat dimana ia merupakan sumber minyak dan makanan ternakan utama. Di Asia, kacang soya adalah penting bagi penghasilan barangan makanan seperti kicap, dan tempe.Kacang soya yang direbus bersama kelongsongnya dan dihidangkan dengan garam, dipasarkan dibawah nama Jepun edamame. Kacang soya yang disediakan dengan cara ini merupakan makanan snek popular di Hawai'i dimana, sebagaimana di Jepun, China, dan Korea, kacang soya dan keluaran dari kacang soya seperti (miso, natto, tauhu, douchi, dan lain-lain.) membentuk sebahagian besar diet permakanan.
Kacang soya boleh diproses dengan pelbagai cara. Bentuk biasa hasil soya termasuk termasuk makanan soya (digunakan untuk makanan ternakan), tepung soya, tauhu, textured vegetable protein (TVP, yang dijadikan pelbagai jenis makanan pemakan sayuran, sesetengah daripadanya bertujuan bagi menyerupai daging), tempe, soya lecithin dan minyak sayuran. Kacang soya juga merupakan bahan utama dalam penghasilan kicap.
George Washington Carver mengetahui kacang soya sebagai sumber penting protein dan minyak. Dia juga menggalakkan petani agar mengamalkan tanam bergilir (crop rotation). Kekacang, kacang soya, ubi keledek atau sebarang tanaman yang mampu mengembalikan nitrogen dan mineral kepada tanah ditanam selang dua tahun dan kemudiannya kapas pada tahun ketiga.
Kebanyakan keluaran tenusu telah ditiru menggunakan kacang soya, dan keluaran seperti susu soya, yogurt soya dan soy cream cheese terdapat dengan mudah dikebanyakan supermarket. Keluaran ini mempunyai tekstur dan bentuk yang serupa dengan keluaran berasaskan susu, bagaimanapun hasil soya tidak mengandungi jumlah kalsium yang banyak, kerana jumlah kalsium yang tinggi dalam kacang soya terikat dengan bentuk tidak larut dan kekal dalam okara. Dengan itu, kebanyakan pengeluar kacang soya menjual keluaran diperkaya dengan kalsium juga. Tofu sering mengandungi sejumlah besar mineral penting ini kerana garam kalsium digunakan bagi pemejal protin dalam susu soya bagi menghasilkan tahu (tofu). Tambahan lagi, protin soya telah didapati mengurangkan penyingkiran kalsium oleh buah pinggang, kesan yang ditingkatkan lagi dengan kandungan tinggi kalsium dalam keluaran soya. Kebanyakan keluaran soya dewasa tidak sepatutnya diberikan kepada bayi, walaupun formula yang dirumus khusus bagi bayi telah dihasilkan masa kini. Sebagai mana formula tenusu, formula berasaskan soya mengandungi vitamin tambahan dan zat lain ditambah kepadanya untuk menjadikannya sesuai bagi keperluan bayi. Dalam sesetengah kes, bayi yang diberikan susu soya dewasa secara berpanjangan menjadi kekurangan zat teruk dan ada yang mati. Tambahan lagi, alahan soya adalah salah satu bentuk alahan makanan yang biasa.
Kacang soya juga digunakan dalam barangan pengilangan termasuk minyak, sabun, kosmetik, resin, plastik, dakwat, krayon, pelarut, dan biodisel.
Semoga dengan penerangan yang serba ringkas ini dapatlah kita menambah pengetahuan kita tentang kacang soya.


p.s: sumber diatas adalah rujukan dari laman web 

Friday, November 6, 2015

Jom Belajar Solat Kawan-Kawan


CARA-CARA SOLAT DAN PERGERAKAN DALAM SOLAT


Sesudah mempunyai air wudhu' dan siap untuk solat, maka kita segera dapat memulainya dengan urutan sebagai berikut;



Berdiri Tegak Lurus
Picture

Berdiri tegak lurus dengan menghadap ke arah kiblat, disertai dengan niat: "Aku solat...(zuhur, misalnya), wajib kerana Allah". "Usalli fardhu...(Zhuhrii), lillahii ta'ala" 
________________________________________________________________________________
Takbiratul Ihram

 


Takbiratul Ihram dilakukan dengan mengangkat kedua tangan sampai menyentuh telinga diiringi dengan membaca:


Allahhu Akbar (Allah Maha Besar) (1x)

Ucapan "Allahhu Akbar" disebut Takbiratul Ihram (hukumnya wajib) kemudian pada saat peralihan gerak atau sikap, sangat dianjurkan mengucapkan takbir "Allahhu Akbar". Yang perlu diperhatikan, apabila takbir dilakukan dalam keadaan berdiri, maka sebaiknya pengucapan takbir ini disertai dengan mengangkat kedua tangan seperti pada sikap takbiratul ihram. Dan apabila perpindahan gerak atau sikap terjadi dalam keadaan duduk, maka ucapan takbir tidak perlu disertai dengan mengangkat kedua tangan. Semua ucapan takbir dalam shalat hukumnya sunnat, kecuali takbir yang pertama yaitu takbiratul ihram.


Doa Iftitah




Selesai membaca takbiratul ihram, tangan langsung disedekapkan ke dada. Yang kanan menghimpit tangan kiri, pergelangan sejajar dengan pergelangan. Kemudian membaca doa iftitah (doa permulaan dan atau doa pembuka) yaitu:


Innii wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin.

Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan suci lagi berserah diri; dan aku bukanlah dari golongan orang-orang musyrik. Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian akau diperintahkan, dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang-orang yang berserah diri.

Membaca do'a iftitah hukumnya sunnat. (Selain doa tersebut di atas, masih ada doa'a-do'a iftitah yang lain yang biasa juga dibaca oleh Rasulullah s.a.w.).



Ta'awwudz

Selesai membaca do'a iftitah, lalu membaca "ta'awwudz". Bacaan t'awwudz hukumnya sunnat. Lafazhnya yaitu:


A'uudzu billaahi minasy syaithaanir rajiim

Aku berlinding kepada Allah dari kejahatan setan yang terkutuk.


Al Fatihah


Seudah ta'awwudz, lalu membaca surah Al Fatihah. membaca surah Al Fatihah pada setiap rakaat solat (wajib/sunnah) hukumnya wajib.

Bismillaahirrahmaanirrahiim. Alhamdulillaahi rabbil'aalamin Arahmaanirrahiim Maaliki yawmiddiin Iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'iin Ihdinash shiraathal mustaqiim Shirathal ladziina an'amta alaihim gahiril maghdhuubi'alaihin waladh dhaalliin Aaamiin

 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah yang memelihara sekalian Alam Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Yang merajai hari pembalasan Hanya kepada-Mu kami meyembah dan hanya kepada-Mu saja kami mohon pertolongan Tunjukilah kami jalan yang lurus Jalan mereka yang Engkau beri ni'mat, bukan jalan mereka yang engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Kabulkanlah permohonan kami,ya Allah!
Sesudah membaca Al Fatihah pada rakaat pertama dan kedua pada solat wajib, kita disunnatkan membaca surah-surah atau ayat yang lain. Pada rakaat selanjutnya yaitu ketiga dan/atau keempat, kita hanya diwajibkan membaca Al Fatihah saja, sedangkan pembacaan surah atau ayat lainnya tidak diwajibkan. Surah-surah atau ayat-ayat Al Quran yang diinginkan dapat saja kita pilih diantara sekian banyak surah dari Al Quran. Sebaiknya usahakanlah tetap membaca surah atau beberapa ayat Al Quran sesudah al Fatihah pada rakaat pertama dan kedua (pada solat wajib)



Ruku'


 
Di dalam ruku' membaca :


1. Subhaana rabbiyal azhim (3x) ("Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung")

atau


2. Subhaanakallahumma rabbanaa wa bihamdika allaahummaghfirlii ("Maha suci Engkau ya Allah, ya Tuhan Kami, dengan memuji Engkau ya Allah, ampunilah aku")

*Boleh dipilih salah satu di antara kedua do'a tersebut.


I'tidal

I'tidal atau bangun dari ruku seraya mengangkat kedua tangan membaca:


Sami'allaahu liman hamidah. Rabaanaa walakal hamdu. (Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Ya Tuhan kami, untuk-Mu lah segala puji.")

Bagi orang yang telah lancar bacaannya, maka pujian bangun dari ruku dapat diperpanjang dengan:


"Mil-ussamaawaati wa mil ul ardhi wa mil-umaa syi'ta min sya-in ba'du" (Untuk-Mu lah segala puji sepenuh langit dan bumi dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki.)


Sujud Pertama




Bacaan dalam sujud:


Subhaana rabbiyal a'la (3x) (Mahasuci Tuhanku Yang Maha Tinggi_

Atau boleh juga membaca pujian seperti pujian No. 2 dalam ruku yaitu:


Subhaanakallaahumma rabbanaa wa bihamdika Allaahummaghfirlii (Mahasuci Engkau ya Allah, ya Tuhan kami, dengan memuji Engkau ya Allah, ampunilah aku)


Duduk Diantara Dua Sujud


 

Ketika duduk diantara dua sujud membaca:


Allaahummaghfirlii, warhamnii, wajburnii, wahdinii, warzuqnii (Ya Allah, ampunilah hamba, kasihanilah hamba, cukupilah hamba, tunjukilah hamba, dan berilah hamba rizki.)

Atau boleh juga membaca:


Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii, wa'fu'annii. (Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupilah aku, angkatlah derajatku, ber rizqilah aku, tunjukilah aku, sehatkanlah aku, dan maafkanlah segala kesalahanku.)

[ kembali ke atas ]


Sujud Kedua


Bacaan dalam sujud kedua, sama dengan bacaan dalam sujud pertama yaitu:


Subhaana rabbiyal a'la (3x)(Mahasuci Tuhanku yang Maha Tinggi)

Bacaan-bacaan dalam ruku, i'tidal, sujud, dan ketika duduk diantara dua sujud dalam solat, semuanya sunat (tidak wajib) yang amat dianjurkan.


Berdiri Pada Rakaat Kedua

Sikap berdiri pada rakaat kedua sama dengan sikap berdiri pada rakaat pertama, yaitu dengan bersedekap tangan ke dada, yang kanan di atas yang kiri.

Mulai dengan membaca ta'awwudz:


A'uudzu billaahi minasy syaithaanirrajiim (Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan syaithan yang terkutuk.)

Kemudian diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.

Sesudah membaca Al-Fatihah, kembali pada rakaat kedua ini dianjurkan untuk membaca pula satu surah atau beberapa surah atau ayat-ayat suci Al Quran. Kemudian kembali melakukan ruku.


Ruku di Rakaat Kedua

Sikap dan bacaan ruku di rakaat kedua ini sama dengan sikap dan bacaan pada ruku di rakaat pertama.


Bangun dari Ruku

Sama dengan I'tidal pada rakaat pertama, bangkit serta mengangkat kedua tangan seraya membaca do'a i'tidal.


Sujud Pertama pada Rakaat Kedua

Bacaan di dalam sujud ini sama dengan bacaan pada sujud di rakaat pertama.


Duduk Diantara Dua Sujud

Bacaan doa ketika duduk diantara dua sujud pada rakaat kedua sama dengan bacaan pada rakaat pertama.


Sujud Kedua Pada Rakaat Kedua

Sikap dan bacaan pada sujud kedua pada rakaat kedua sama juga dengan sikap dan bacaan pada sujud-sujud sebelumnya.


Duduk Tahiyyat




Sikap duduk pada tahiyyat pertama (Tawarruk, keadaannya sama ketika duduk antara dua sujud menduduki kaki kiri, sedang kaki kanan tegak dengan jarijari kaki menghadap kiblat). Lain dengan sikap duduk pada tahiyyat kedua atau tahiyyat akhir (ifti-rasy, kaki kanan ditegakkan dengan jari-jari kaki menghadap ke arah kiblat).

Bacaan ketika tahiyyat ialah:


At tahiyyaatu lillaah, wash shalawaatu waththayibaatu

Semoga kehormatan untuk Allah, begitu pula segala do'a dan semua yang baik-baik.

Assalaamu'alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullaahi wa barakaatuh

Salam sejahtera untukmu wahai para Nabi, dan rahmat Allah serta barakah-Nya.

Assalaamu'alainaa wa'ala ibaadillahis shaalihiin

Salam sejahtera untuk kami dan untuk para hamba Allah yang saleh

Asyhadu anlaa ilaaha illallaah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuuluh

Aku bersaksi bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahwa sesungguhnya Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya

Contoh di atas adalah praktek solat subuh 2 rakaat. Bila Anda solat Maghrib 3 rakaat, maka bacaan tahiyyat pertama rakaat kedua cukup samapai pada "Allaahumma shalli 'alaa Muhammad" dan akhir rakaat ketiga bacaan tahiyyat dibaca dengan sempurna samapi "hamiidun majiid". Setelah itu memberi salam.

Bila anda solat 4 rakaat, yaitu Zohur, Ashar, atau Isya, maka akhir rakaat kedua persis sama dengan akhir rakaat kedua solat Maghrib. Pada akhir rakaat ketiga, tak ada tahiyyat, dan pada akhir rakaat keempat barulah anda sempurnakan bacaan tahiyyat hingga "hamiidun majiid", lalu memberi salam sebagai akhir dari shalat.


Allaahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'alaa aali Muhammadin, kamaa shallaita 'alaa Ibraahim wa'alaa aali Ibrahim, wa baarik 'alaa Muhammadin, kama baarakta 'alaa Ibrahiima wa'alaa aali Ibraahima, fil 'aalamiina innaka hamiidun majiid.

Ya Allah, berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.


Memberi Salam




Menoleh ke kanan dan ke kiri. Setelah selesai tahiyyat, anda memberi salam dengan membaca:


Assalaamu 'alaikum warahmatullaahi wa barakaatuh (Salam sejahtera untukmu, rahmat Allah dan berkat-Nya.)

Sambil menoleh ke kanan dan ke kiri.

Perhatian:

Ketika membaca tasyahhud (asyhadu..) dalam tahiyyat, telunjuk kanan digerakkan ke atas bagai meyakinkan bahawa Allah itu hanya Esa.

Sunday, November 1, 2015

Tokio Oh Tokio




Assalammualaikum.....

Kepada rakan-rakan yang rajin memasak dan nak mencuba resepi dari DE Aneka Rezky.  Hari ni, saya memberikan rakan-rakan untuk mencuba resepi Kuih Tokio. 
Selamat mencuba.......


















Bahan-Bahan

a) Lapisan Bawah
60 gm       Soon
250 gm     Biji Sagu
100 gm     Hampas Kelapa
Garam secukupnya

b) Lapisan Atas
200gm      Santan Pekat
200gm      Air Masak
300gm      Air Daun Pandan
150gm      Gula
100gm      Tepung Kastard
20gm        Tepung Gandum
1/4 Sudu Teh   Kapur Makan
1/2 Sudu Teh   Perisa Pandan
1/2 Sudu Teh   Garam

Cara-Cara Membuatnya......
1) Biji Sagu dan Soon Direndam hingga kembang.
2) Kemudian Gaulkan semua bahan A dan kukus sehingga masak.
3) Masukkan kesemua bahan B dalam periuk dan masak diatas api yang kecil.
4) Kacau sehingga menggelegak, setelah itu, tuang diatas lapisan yang telah dimasak.
5) Masak selama setengah jam. Setelah masak boleh la dihidangkan.


SEMOGA BERJAYA .......... MENCUBA RESEPI INI.
MUDAH DAN SEDAP DIMAKAN...




200gm      Air