Kacang soya adalah satu benda yang tidak oleh dipisahkan dari kehidupan. Percaya atau tidak kita sering menggunakan barangan yang diperbuat daripada produk kacang soya. Siape yang tiada kicap dirumah?. Mesti adakan... jadi biarlah saya perkenalkan kepada kawan-kawan siapa dan apakah kacang soya(macam Prof le).
Kacang soya ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia
Timur. Pokoknya yang tegak dan rimbun berukuran sehingga 70 sentimeter.
Bunganya berbentuk gumpalan dan berwarna putih atau unggu. Nama saintifiknya
Glycine max. Kacang soya hijau berbentuk gumpalan 3 - 15, berbulu,
berwarna hijau, mengandungi 2 - 4 biji, panjangnya 3 - 7 cm. Kacang soya
berbentuk bulat, berwarna kuning ke hijau kekuningan. Pokok kacang soya
mempunyai akar tunjang sepanjang 15 cm. Akar adventitius tumbuh daripada
hipokotil. Nodul akar adalah kecil dan berbentuk sfera.
Kacang soya adalah legume berprotein tinggi (keluarga
Fabaceae) yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan. Perkataan soy
diambil daripada perkataan bahasa Jepun shoyu (kicap).Kacang soya dianggap sebagai sumber protein lengkap, contoh,
protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang
diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi
menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan
pemakan sayuran atau vegan. Protein kacang soya pada asasnya sama dengan biji
legum lain (pulses). Bijiran bukan legum yang lain mempunyai profil yang
setanding dengan kacang soya adalah bijiran, oat {Avena sativa} dan
kemungkinannya kuinoa.kandungan isoflaves di dalamnya membantu mengurangkan risiko
serangan penyakit jantung dan mencegah gejala kurangnya daya ingatan.kandungan
kalsium dan vitamin D di dalamnya pula membantu mengurangkan risiko
osteoporosis serta efektif sebagai diet untuk menurunkan berat badan.
Kacang soya merupakan tanaman penting di Amerika Syarikat
dimana ia merupakan sumber minyak dan makanan ternakan utama. Di Asia, kacang
soya adalah penting bagi penghasilan barangan makanan seperti kicap, dan tempe.Kacang soya yang direbus bersama kelongsongnya dan
dihidangkan dengan garam, dipasarkan dibawah nama Jepun edamame. Kacang soya
yang disediakan dengan cara ini merupakan makanan snek popular di Hawai'i
dimana, sebagaimana di Jepun, China, dan Korea, kacang soya dan keluaran dari
kacang soya seperti (miso, natto, tauhu, douchi, dan lain-lain.) membentuk
sebahagian besar diet permakanan.
Kacang soya boleh diproses dengan pelbagai cara. Bentuk
biasa hasil soya termasuk termasuk makanan soya (digunakan untuk makanan
ternakan), tepung soya, tauhu, textured vegetable protein (TVP, yang dijadikan
pelbagai jenis makanan pemakan sayuran, sesetengah daripadanya bertujuan bagi
menyerupai daging), tempe, soya lecithin dan minyak sayuran. Kacang soya juga
merupakan bahan utama dalam penghasilan kicap.
George Washington Carver mengetahui kacang soya sebagai
sumber penting protein dan minyak. Dia juga menggalakkan petani agar
mengamalkan tanam bergilir (crop rotation). Kekacang, kacang soya, ubi keledek
atau sebarang tanaman yang mampu mengembalikan nitrogen dan mineral kepada
tanah ditanam selang dua tahun dan kemudiannya kapas pada tahun ketiga.
Kebanyakan keluaran tenusu telah ditiru menggunakan kacang
soya, dan keluaran seperti susu soya, yogurt soya dan soy cream cheese terdapat
dengan mudah dikebanyakan supermarket. Keluaran ini mempunyai tekstur dan
bentuk yang serupa dengan keluaran berasaskan susu, bagaimanapun hasil soya
tidak mengandungi jumlah kalsium yang banyak, kerana jumlah kalsium yang tinggi
dalam kacang soya terikat dengan bentuk tidak larut dan kekal dalam okara.
Dengan itu, kebanyakan pengeluar kacang soya menjual keluaran diperkaya dengan
kalsium juga. Tofu sering mengandungi sejumlah besar mineral penting ini kerana
garam kalsium digunakan bagi pemejal protin dalam susu soya bagi menghasilkan
tahu (tofu). Tambahan lagi, protin soya telah didapati mengurangkan
penyingkiran kalsium oleh buah pinggang, kesan yang ditingkatkan lagi dengan
kandungan tinggi kalsium dalam keluaran soya. Kebanyakan keluaran soya dewasa
tidak sepatutnya diberikan kepada bayi, walaupun formula yang dirumus khusus
bagi bayi telah dihasilkan masa kini. Sebagai mana formula tenusu, formula
berasaskan soya mengandungi vitamin tambahan dan zat lain ditambah kepadanya
untuk menjadikannya sesuai bagi keperluan bayi. Dalam sesetengah kes, bayi yang
diberikan susu soya dewasa secara berpanjangan menjadi kekurangan zat teruk dan
ada yang mati. Tambahan lagi, alahan soya adalah salah satu bentuk alahan
makanan yang biasa.
Kacang soya juga digunakan dalam barangan pengilangan
termasuk minyak, sabun, kosmetik, resin, plastik, dakwat, krayon, pelarut, dan
biodisel.
Semoga dengan penerangan yang serba ringkas ini dapatlah kita menambah pengetahuan kita tentang kacang soya.
p.s: sumber diatas adalah rujukan dari laman web
Really amazing about soy bean..tq
ReplyDeletesaya suka minum air soya....yummy
ReplyDeleteKacang soya oh kacang soya,..
ReplyDelete